Thursday, 24 April 2014

5 tips mudah nak kuruskan badan..

Di samping supplement2 untuk kuruskan badan..anda juga bleh cuba 5 tips nak kuruskan badan ni..

5 dulu lah ye..banyak2 kang pening pulak..nanti daripada nak buat langsung tak buat satu pun..hahahaaa

Okay.Back to our topic, jadi 5 cara mudah kuruskan  badan atau kekalkan berat badan  adalah :

1. Jangan tidur siang. Biasanya orang kurus ke, atau gemuk ke, akan mudah naik berat badan apabila anda kerap tidur siang. Tidur siang tu tak salah cuma waktu dan berapa lama anda tidur tu yang jadi masalah. Saya bagi tips mudah, contohilah Rasulullah. Waktu baginda tidur siang adalah sebelum Zohor, lebih kurang pukul 12 tengah hari betul tak? Jadi itulah waktu terbaik untuk tidur. Dan biasanya tidur siang itu dalam 15 ke 20 minit sudah memadai sebab ia bertujuan sekadar untuk merehatkan badan dan minda. Sekiranya anda terlebih-lebih tidur siang, ia akan memberi satu kesan lesu dan lembap pada minda dan tubuh badan kita. Berdasarkan pengalaman saya, berat badan saya akan naik tup-tup lepas beberapa hari tidur siang secara marathon.

Warning, jangan sekali-kali amalkan tidur waktu senja atau petang lepas Asar. Rasulullah melarang kita tidur waktu itu, kerana kesannya bukan saja akan melemahkan badan tapi minda dan otak kita pun akan jadi lembap dan boleh jadi gila. 

2. Amalkan minum air kosong .Ini petua saya. Sebelum makan,minumlah segelas air kosong dengan amalan ini tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insyaAllah.

Ada juga yang cakap, air kosong sejuk boleh buat perut buncit tapi sebenarnya tak pun. Air kosong sejuk atau suam sebenarnya mempunyai kandungan yang sama iaitu tidak mempunyai kalori langsung.

Kalau anda tak percaya, anda cubalah sendiri. 

3. Cara ketiga adalah dengan banyak berjalan. Sekiranya tak ada banyak masa untuk keluar berjogging atau brisk walk, apa kata kalau pergi shopping atau ke office tu, pilihlah tangga rather than elevator. Pilih lah berjalan jauh naik tangga atau laluan wheelchair rather than escalator. Dengan cara ini, anda bukan saja boleh membakar kalori yang terpendap dalam badan tu, anda juga boleh membuat otot kaki dan paha anda menjadi lebih kuat.

Amalkan cara ini sebab bagi saya ia paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Tambah pula, kalau tugasan kita memerlukan kita duduk mengadap komputer, terperap dalam bilik. Kalau tak berjalan langsung, silap-silap berat badan yang 45kg tu, boleh jadi 64 kg. Wuh, trauma. Jadi, elok sangatlah kalau kita amalkan berjalan ni on the way nak ke office dan balik ke rumah.

4. Next, adalah dengan cara membuat kerja2 rumah.memasak,membasuh,lipat Kain,menyapu,mengemop..semua2 keja rumahla! Haa, ini adalah cara yang paling bagus kerana selain daripada niat kita untuk mengekal dan menurunkan berat badan, kita juga bereskan kerja2 rumah. Tenang je kan tgk suasana rumah yang bersih..hihi..

Sungguh cara ini sangat berkesan. Dengan hanya melakukn kerja2 rumah secara tak langsung anda telah membakar kalori dalam badan anda. Jadi, berat badan akan maintain sajalah walau pun anda tak exercise heavy sekalipun

5. Finally, jangan baring selepas makan. Tak kisahlah anda baring tu terus tidur atau baring-baring saja. Amalan buruk ni memang paling bahaya sebab saya dah pernah kena,gara2 berbaring selepas makan kononnya nak tidokan anak berat saya pernah naik 6 kilo dlm masa sebulan!!memang trauma la kan..

Okay, cukup 5 cara saja hari ini.Yang penting anda semua istiqamah dalam menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.

No comments:

Post a Comment