Wednesday, 2 July 2014

Tips bertarawih bersama anak2 di masjid!

Ramai ibu yang teringin nak solat jemaah tarawih di masjid, tapi risau dengan anak-anak yang masih kecil. Sebenarnya tak ada masalah, bawa aje mereka bersama. Kebanyakannya risau kot tak ada orang masa first jaga anak, anak yang aktif susah nak kawal, anak gembeng dan sebagainya.

Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke masjid:

1. Pilih masjid yang children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa. Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.

2. Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan haraple nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat ;)

3. Bawa kelengkapan anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur. Di sini pentingnya perkara #1.

4. Ibu bawa sebotol air dan boleh juga minun segelas perfomance drink supaya tak terasa nak terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik nak ke toilet.

Teringat masa first time bawa Damia & Farrel ke masjid..

Farrel yang masa tu baru 3 tahun berguling2 masuk dalam tikar masjid..hahahaaa..

Alhamdulillah..sekarang dah xde masalah.. Dah boleh behave dah..

Semoga perkongsian dapat memberi manafaat Kepada kita semua..


SELAMAT BERPUASA;)

No comments:

Post a Comment